Survey Calon Jodoh

Survey Calon Jodoh

Apabila usia menginjak dua puluh lapan tahun, Nadrah sedar soalan ‘bila nak kahwin’ memang masuk dalam skop soalan wajib tanya bagi rakyat Malaysia. Apa mereka ingat jodoh itu seperti trofi yang harus dimenangi? Siapa cepat dapat, dia menang!

Berhadapan pula dengan isteri Dato Fahmi yang menuduhnya sebagai isteri kedua membuatkan Nadrah terperangkap bersama Naqi. Lelaki yang mengubah hidupnya yang landai menjadi huru hara.

“Hobi awak memang suka menyakitkan hati orang ke?”~ Nadrah
“Tak. Hobi saya mencuri.” ~ Naqi.
“Mencuri?” Terbeliak biji mata Nadrah.
“Yup. Curi senyum awak. Curi fikiran awak. Curi perhatian awak.
Dan skop jenayah yang paling unggul ialah, curi hati awak. Tangkaplah saya Nad, penjarakan saya di dalam hati awak!” Nakal Naqi membalas.

Pertemuan secara tak langsung dengan rakan lama telah menyingkap rahsia yang selama ini kemas disimpan oleh Nadrah. Rahsia yang membuatkan Naqi bertekad untuk membahagiakan si gadis.

“Kalau ya dia kecewakan awak dengan terlalu banyak, awak tak
seharusnya dera diri awak sendiri. Kenapa awak larang diri awak untuk bahagia?” ~ Naqi

Dulu Nadrah yakin untuk sendiri sampai ke tua? Namun dia sedar yang dia perlukan seseorang untuk teman dia sampai bila-bila. Tapi adakah Naqi orangnya?

Title:Survey Calon Jodoh
Edition Language:Malay
ISBN:9789670718842
Format Type:

    Survey Calon Jodoh Reviews

  • Ras

    3.8* Yeah, saya suka!Naskah limited edition yang khabarnya sekarang dah habis stok. Wah, laris betul.. Tahniah Ezza Mysara...Heronya pemain bola sepak Pahang di posisi penyerang dan baru nak berjinak2...

  • Nonie?serenity2bliss

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)After loving Tiada Arah Jodoh Kita way too much, N rasa N letak harapan terlalu tinggi pada novel in...

  •  Kak Zie

    Suka sebab kisah heronya yang jadi pemain bola sepak yang mewakili negeri Pahang. Ehh! Ahahahaha.Cumanya, ada beberapa bahagian yang kurang suka sikit la sebab gurauan kasar si Nadrah dan Naqi tu maca...

  • Ririn Aziz

    3.75*...

  • Jumay

    sempoi, light, sweet....best sgt.....enjoy je bc kisah naqi dan nadrah ni.......

  • azila syarudin

    1* untuk Naqi yang sewel giler plus sweet.1* untuk Nadrah yang garang tapi minta disayang.1* untuk semua metafora Naqi. serius ah kalau nadrah tak cair lagi x tahulah.1* untuk olahan yang mudah dihada...

  • Ogy Yusof

    tengok pada tajuk terfikir, wahh ni mesti lebih kurang macam kisah musang berjanggut. mesti banyak watak dan mesti banyak adegan luar jangka...selak helai demi helai, lain yang akak jumpa. Jauh sangat...

  • Eta My

    Jauh bawa buku ni tuk dibaca..sampai ke bumi Aussie..ingatkan nk baca dlm flight tp tido lagi best kot..hehehe...after 3 days baru berkesempatan nk buka 1st page..overall sgt santai..tergelak2 membaca...

  • W. N. Izzaty

    #36#2017Done reading Survey Calon Jodoh by Ezza Mysara. I likeeee.... Cerita yang santai, simple dan straight forward. (Ada la part flash back sikit). Saya suka olahan penulis yang bijak grab our atte...

  • Miz_Yanie

    Novel yg sempoi, light, sweet, and best sgt2 ☺ Baca kisah Naqi & Nadrah ni....will keep u smiling!! Tersengih2 wei baca 😅😅Naqi yg Sewel & Gila2 tapi Sweet sgt2!!Nadrah yg Pemarah & Garang tapi...